(1) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat
Contoh:
I. Budak itu amat cerdik.
II. Orang itu sungguh jahat.
(2) Kata adjektif boleh mengalami perbandingan
Contoh:
I. Pemain bola sepak itu tinggi seperti galah.
II. Wajah Ani secantik adiknya.
(3) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penegas
Contoh:
I. Abang memang pandai.
II. Kuih itu juga sedap.
(4) Kata adjektif boleh menerima se-...-nya
Contoh:
I. Berikan jawapan yang selengkapnya.
II. Amir akan datang selewat- lewatnya esok.
(5) Kata adjektif boleh didahului oleh kata makin atau semakin
Contoh:
I. Ali makin pandai.
II. Datuk Ananda semakin kaya.
(6) Kata adjektif boleh diletakkan selepas kata nama
Contoh:
I. Rumah yang besar.
II. Murid cerdas.
No comments:
Post a Comment