Sunday, 20 April 2014
Definisi kata adjektif
Dalam Tatabahasa Dewan (2008), kata adjektif didefinisikan sebagai perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. dalam binaan frasa adjektif, kata adjektif boleh hadir secara sendirian, atau hadir bersama- sama perkataan lain.
Menurut Ahmad Khair (2012) kata adjektif dikenali sebagai kata sifat. Dari segi makna, kata adjektif menunjukkan sifat bagi kata nama.
Menurut Ahmad Khair (2012) kata adjektif dikenali sebagai kata sifat. Dari segi makna, kata adjektif menunjukkan sifat bagi kata nama.
Thursday, 10 April 2014
Ciri - ciri kata adjektif
(1) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat
Contoh:
I. Budak itu amat cerdik.
II. Orang itu sungguh jahat.
(2) Kata adjektif boleh mengalami perbandingan
Contoh:
I. Pemain bola sepak itu tinggi seperti galah.
II. Wajah Ani secantik adiknya.
(3) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penegas
Contoh:
I. Abang memang pandai.
II. Kuih itu juga sedap.
(4) Kata adjektif boleh menerima se-...-nya
Contoh:
I. Berikan jawapan yang selengkapnya.
II. Amir akan datang selewat- lewatnya esok.
(5) Kata adjektif boleh didahului oleh kata makin atau semakin
Contoh:
I. Ali makin pandai.
II. Datuk Ananda semakin kaya.
(6) Kata adjektif boleh diletakkan selepas kata nama
Contoh:
I. Rumah yang besar.
II. Murid cerdas.

Tuesday, 1 April 2014
Rujukan
Abdullah
Hassan (2006). Morfologi. Kuala
Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad
Khair Mohd Nor (2012). Pembentukan Kata
dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur:
Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Asmah
Hj. Omar (2009). Nahu Mutakhir Edisi
Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hashim
Hj Musa (1993). Binaan dan Fungsi
Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik
Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)