Sunday, 20 April 2014

Video




Definisi kata adjektif

Dalam Tatabahasa Dewan (2008), kata adjektif didefinisikan sebagai perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. dalam binaan frasa adjektif, kata adjektif boleh hadir secara sendirian, atau hadir  bersama- sama perkataan lain.

Menurut Ahmad Khair (2012) kata adjektif dikenali sebagai kata sifat. Dari segi makna, kata adjektif menunjukkan sifat bagi kata nama.

Thursday, 10 April 2014

Ciri - ciri kata adjektif

(1) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penguat
 
Contoh:
I.  Budak itu amat cerdik.
II. Orang itu sungguh jahat.

(2) Kata adjektif boleh mengalami perbandingan

Contoh:
I.  Pemain bola sepak itu tinggi seperti galah.
II. Wajah Ani secantik adiknya.

(3) Kata adjektif boleh disertai oleh kata penegas

Contoh:
I.  Abang memang pandai.
II. Kuih itu juga sedap.

(4) Kata adjektif boleh menerima se-...-nya

Contoh:
I.  Berikan jawapan yang selengkapnya.
II. Amir akan datang selewat- lewatnya esok.

(5) Kata adjektif boleh didahului oleh kata makin atau semakin

Contoh:
I.  Ali makin pandai.
II. Datuk Ananda semakin kaya.

(6) Kata adjektif boleh diletakkan selepas kata nama

Contoh:
I.  Rumah yang besar.
II. Murid cerdas.

Tuesday, 1 April 2014

Jenis- jenis kata adjektif











Rujukan

Abdullah Hassan (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Ahmad Khair Mohd Nor (2012). Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Asmah Hj. Omar (2009). Nahu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hj Musa (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008).   Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.